Thursday, January 7, 2016

Girls' Day Out

안녕하세요!!

Minggu ni mood nak menaip amat tinggi. Maka, keadaan ini perlu digunakan sebaiknya untuk menulis tentang banyak tempat yang telah dilawati, yang dah mula kabur dalam fikiran aku ni. Tapi, memandangkan semalam baru je mengadakan sesi Girls' Day Out, aku taip pasal tu dulu lah.

Haa, dah namanya Girls' Day Out kan - mana-mana yang macam perempuan, berlakon jadi perempuan atau berniat nak jadi perempuan - selagi yang bukan perempuan sejati memang tidak diperlukan langsung untuk hari kejadian. Aku kes lain. Aku lead kot. Hahaha. 


Sungguh! Lelaki tidak diperlukan langsung.
Hala tuju pertama kami adalah KBS. Ya, KBS! Korea Broadcasting System, salah satu stesen  televisyen utama di Korea ni hah. Macam Media Prima atau RTM atau ASTRO di Malaysia. KBS ni ada persaingan dengan Seoul Broadcasting System (SBS) dan Munhwa Broadcasting System (MBC). Tapi KBS special sikit. Dia ada muzium atau lebih kurang ruang pameran untuk orang jakun macam aku ni buat lawatan sambil belajar tentang bahagian produksi macam tulah. Nak cakap lebih aku tak tahu. Yang aku tahu, TV3 takde pun benda ni. Hahaha. Kalau MBC pulak, lalu lalang depan bangunan dia, macam takde pape. SBS? Busy sangat tempat tu.

KBS ni kira besarlah. Sebab ada bahagian radio dan televisyen. Kalau radio tu entah berapa banyak konti dia ada, ramai penyampai dia. Dah radio macam tu, bahagian televisyen tak yah cakaplah. Dari berita, hiburan, kartun semua ada. Lengkaplah. Sekurang-kurangnya aku nampaklah proses tu semua secara asas dia. Oh, aku super teruja sebab Gag Concert dan 2Days1Night adalah produk KBS! Hehehe.

Bukti di depan KBS.
Bukti lagi!
Iolls dalam Gag Concert!
Dalam 2 Days 1 Night jugak!
Aku tahu yang tengah tu je. Syungkyukwan Scandal.
Jaesuk Oppa wassoyo!
Pengalaman dalam studio untuk rakam program.
Berapa banyak punat nak dihadam. Pening.
Animation dubbing. Alih suara.
Sampai sanggup jadi penyampai sebab nak mempromosikan cinta. Eh?
Lepas berhuha-huha di KBS, kami bergerak ke destinasi berikutnya. Ewha Womans University. Jangan kutuk ejaan "Womans" aku, sebab itulah nama dan ejaan rasmi universiti perempuan tu. Universiti tu cantik sungguh. Tak tipu. Dia punya bangunan tu dah macam bangunan lama pun. Sebab, dia ada bersangkut paut dengan zaman Perang Dunia Kedua (WW II) bila mana perempuan-perempuan di Korea ini menjadi hamba seks kepada tentera Jepun atau dalam bahasa antarabangsanya disebut sebagai comfort women. Sampai si Shinzo Abe dah mintak maaf secara terbuka pun baru-baru ni, Korea masih tak boleh terima permohonan maaf tu. Ahh, ego! Hahaha.

Lupakan kisah itu, kembali kepada realiti yang aku hanyalah pelancong yang menikmati keindahan tempat tersebut. Kahkah. Cantik weh tempat ni. Walaupun masa musim sejuk nak beku ni, pemandangan dia masih cantik. Nak gambarkan cantik tu, hmmm tak reti lah aku. Tapi, memang cantik. Ada satu episod pembukaan dalam Running Man Charlie Angel dibuat di salah satu bangunan dalam universiti ini. Dia punya persekitaran yang nampak old school, lepas tu macam foggy sikit, memang memukau pandangan.

Bentuk bangunan yang nampak lama
Dekat bangunan ni lah RM buat opening dia.
Acah acah je seronok ni

Lepas memenuhkan kamera dengan selcam dan gambar pemandangan, kita ke destinasi terakhir iaitu Hongdae atau Hongik University. Tujuan ke sini bukanlah untuk membeli belah, melepak atau makan. Kami ke sini sebab .... jeng jeng jeng ... kami nak cari Restoran Haha. Mana tahu rezeki baik, jumpalah mamat pendek tu. Tapi mak aiii, nak cari restoran dia punyalah haii... susah. Disebabkan nak sangat tengok depan mata, kami pergi jelah cari. Haa le, babi je ada ni, nak makan apanya. Akhirnya setelah puas mencari Pal Ja Mak Chang yang telah ditukar nama kepada Luco Quan 401, kami menjumpai restoran tersebut beserta dengan seorang manusia bermuka Haha. Tapi bezanya, manusia itu tinggi. Haha rendah. Maka, ternyata itu bukan Haha. Hahaha.


Signboard pun gambar babi reggae.
Ambil gambar depan kedai je mampu.
Masa tu, ada kereta lalu mahal sikit lalu depan kami. Cermin tinted. Orang dalam kereta tu tundukkan muka. Kami buat tak tahu je laa. Lepas tu, baru perasan kereta tu parking belakang kedai. Memang syak Haha baru sampai kedai dia! Haa, nak tahu kami buat apa? Kami blah dari kedai tu dengan perasaan super sebal. Kehkeh. Malu laa nyah oii nak melukut di tepi kedai.

Maka, berakhirlah perjalanan sehari kami yang telah lama tidak dilakukan semenjak habis exam haritu. Penat sungguh. Sampai 12 jam aku membuta semata nak refill energi yang digunakan. Kohkoh.

Oke.
Babai.

No comments:

Post a Comment