Friday, April 20, 2018

IRSoc : Payung IR UM

안녕하세요!
Mentang-mentang sekarang musim hujan belah petang, tajuk pun pkai payung payung. Kehkeh! Hmmm, rasanya macam aku dah buat entri selamat tinggal IR, tapi nampaknya macam tidak direstui pulak. HAHA kerana aku dapat special request untuk merangka satu lagi entri berkaitan dengan IR. Aku rasa macam aku dah pernah sebut pasal IRSoc tapi tidak terlalu khusus rupanya. Maka, entri kali ni adalah berkenaan dengan IRSoc - Kelab Hubungan Antarabangsa - kelab yang menyatukan pelajar IR UM di bawah naungannya.

Taraa! Permintaan dari pres tauuu .. ni aku rasa pres nak tumpang glamer. Wkwkwk, kidding.
Apakah IRSoc?
+ IRSoc (International Relation Society) seperti yang dinyatakan di atas adalah kelab yang menyatukan pelajar-pelajar IR UM di bawah naungannya. Dari pelajar Tahun Pertama hingga Tahun Akhir semuanya wajib join IRSoc. IRSoc seperti mana-mana kelab ada perjumpaan tahunan, ada aktiviti tahunan dan majlis makan malam tahunan. Dalam perjumpaan tahunan, macam biasalah ada sesi undi-mengundi Majlis Tertinggi. Dan saya dulu adalah Bendahari yang paling ahlong kalau tang tang nak kutip duit! Tak caya? Sukatilah sebab kau takkan jumpa aku dah. 

Siapakah yang patut join IRSoc?
+ Eh kau ni, kalau kau tu pelajar Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, memang kaulah yang kena join. Kau, kau dan kauuu! Semua pelajar IR UM wajib join IRSoc, ni paksaan! Kalau bukan hampa yang join, nak harapkan siapa pulak? Budak Asia Timur, Asia Tenggara ke? Tak salah pun budak jabatan lain nak join, tapi engkorang yang budak IR tu memang kena join. Ngerti ngak lho?

Apa je ada dalam IRSoc ni?
+ Ye ada kaulah. Hmmm okayy gurau jaa. Banyak sebenarnya aktiviti tahunan IRSoc (dah nampak macam aktiviti wajib pun ya) yang dirancang. Antara yang paling best sekali adalah, Lawatan Ke Wisma Putra. Wisma Putra okayyy! Bukan senang tauuuu...  

Ni gambar 2018, IRSoc, di Wisma Putra
Masa kami blast poster di media sosial
Bakal zaujah kamu yang dah tak berminat nak jadi PTD
+ Aktiviti lain adalah majlis makan malam tahunan. Yang ni semenjak aku first year, paling aku enjoy habis. Sebab makan! Ye aku suka makanan dan makanan pun suka aku. Kah! Dan semestinya masa majlis makan malam ni, lecturer yang kau tengok taf semacam tuuu, boleh jadi happening. Ingat tak seronok ke?

Kad jemputan tahun 2016

Kad jemputan tahun 2017

Kad jemputan tahun ni!! *teruja*

 
My batch during annual dinner 2016
During 2017.
Eh jap jap! Apa galaknya guwa tunjuk kat korang semua ekkk? Mesti korang tertanya-tanya kan. Sebenarnya guwa nak mengingatkan dekat semua pelajar IR UM dan bakal pelajar IR UM bahawa anda semua wajib terlibat dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kelab. MT kelab ni pun pelajar jugak, kira dari pelajar untuk pelajar. Fuhhh macam manifesto pilihan raya dah! 

Kitorang tak suruh buat pun tu semua, yang rajin sangat pi buat tu kenapa? Pastu nak paksa-paksa lak! 
Eh pangkang! Kita dalam jabatan ni nak biar sama-sama naik, sama-sama rasa apa yang boleh dirasa bersama. Enjoy pun biar sama sama. Jadi sama-sama lah sokong setiap aktiviti kelab. Kang kami tak buat apa-apa aktiviti, mulut longkang hampa jugak yang menyalak sana sini cakap kami tak buat apa. 

Eii, dahlah buat aktiviti yang tak kena dengan jiwa aku!
MT IRSoc dari semenjak penubuhannya sampailah kini amatlah open-minded dan rasional dengan segala idea-idea dari setiap ahli. Korang ada cadangan aktiviti, jangan lah simpan je. Cadangkan pada MT dan buat kertas kerja. Projek berjalan, pemberi cadangan akan dapat merit peringkat universiti tau! Tak susah mana pun kannn?
Maka, kesimpulannya di sini adalah jangan mengada nak skip aktiviti kelab! Pang satgi baru tahu. Sama give and take kan mudah semorang.

Dah.
Babai.
Guwa nak pi keje.

No comments:

Post a Comment