Friday, April 27, 2018

Sembang Santai: Persediaan Temuduga

안녕하세요!
 
Fuhh, tak sangka guys, blog ini turut dibaca oleh pelajar lepasan SPM. Sedangkan sasaran sis adalah pelajar lepasan STPM sebab kandungan blog ini menjurus kepada pengenalan umum Ijazah Sarjana Muda (Sastera) Pengajian Antarabangsa dan Strategik, UM. Memandangkan sis memang in love dengan STPM, maka, sis fokuskan kepada peringkat STPM saje. Tapi sis tak kisah pun sebenarnya, sesiapa pun sis alu-alukan untuk membaca blog ni asalkan segala ketidakfahaman yang timbul, tidak sewenang-wenangnya disimpulkan. Okay guys?

Adik-adik SPM PM guwa kat fb, tanya sama ada kos ni available untuk peringkat diploma tak, aliran mana yang sesuai join IR UM dsb tapi yang paling guwa tertarik, macam mana nak prepare untuk temuduga. Dah musim musim iv (interview) untuk masuk univ sekarang ni. Ya, guwa faham perasaan bila mana kita dah buat persediaan interview tapi masih terasa kurang di mana. Dan tambah sedihnya, kita tiada sesiapa untuk dirujuk. Maka, entri ini khas untuk membantu adik-adik nak buat persediaan iv ye. Segala makluman ini adalah apa yang aku lakukan ketika temuduga nak masuk IR dulu. Maka, entri dapat aku pastikan agak panjang ya!

  1. Pakai pakaian formal. Berbaju kurung yang bersederhana dan tidak terlampau berfesyen. Kalau dah pakai baju kurung, jangan pakai blazer. A big NO! Kalau pakai baju kemeja, pastikan kemas dan bersesuaian. Warna baju seeloknya yang melambangkan profesional iaitu biru. Kasut eloknya hitam dan bertutup. Jangan pakai tudung yang color blocking. Also a big NO! 
  2. Sediakan resume. Ya, aku dulu buat resume walaupun dulu tak berapa diketengahkan sangat idea ni. Resume aku sampai 3 page okayyy! Pasal dulu acah-acah aktif sangatttt kat sekolah *muntah* Resume ni sepatutnya biar nampak simple tapi padat. Nak tunjuk yang kita ni take serious walaupun baru nak start masuk universiti. Impression kata orang putih tuu! 
  3. Kemaskini fail untuk iv. Ini macam maklumat awal untuk kita bagi penemuduga tengok kita. Tapi kadangnya, ada penemuduga tak kisah pun pasal ni. Tak kiralah, penemuduga nak tengok ke tak, yang penting siap sedia awal tang ni hokayy.
  • Kalau peringkat SPM, ambil maklumat diri dan kokurikulum bermula Ting 4- Ting 5. Tingkatan 3 ke bawah tu letak tepi je laa, sebab tu zaman budak-budak. Keh! 
  • Kalau peringkat STPM, ambil maklumat diri dan kokurikulum bermula Ting. 6 Bawah. Tapi dulu aku batak kot, sampai maklumat dari Ting 4 aku letak. *tepuk dahi kuat-kuat*
  • Segala jenis sijil terlibat masukkan lah, dari tahun terkini sampai tahun terdahulu.
  • Susunan : Surat Panggilan IV, Resume, Sijil STPM (yang berkenaan), Sijil MUET (yang berkenaan), Sijil Berhenti Sekolah STPM (yang berkenaan), Sijil SPM (wajib letak bagi semua peringkat iv), Sijil Berhenti Sekolah SPM dan diikuti dengan sijil-sijil anugerah & sijil penyertaan aktiviti kokurikulum.
Apa pun yang penting kena yakin diri. Tak pandai berbahasa Inggeris? Jangan mengalah awal, cuba dulu cakap sikit-sikit, andai kata tak boleh jugak, cuba nego dengan penemuduga. Diorang pun manusia gak, takde lah nak baham orang.

" Mintak maaf tuan. Saya lebih selesa bercakap dalam BM."
 
Kalau dia kata macam mana nanti nak belajar dalam kelas kalau selesa bercakap dalam BM , balas balik kata ; " saya sebenarnya masih belajar untuk berbahasa Inggeris, dan saya belum yakin untuk berbahasa Inggeris sepenuhnya"  Gituuuu! Hahahaa.

Sedikit etika lain ketika iv:
  1. Panggil penemuduga dengan panggilan " Tuan/Puan" .
  2. Ketuk pintu sebelum masuk bilik. Jangan salam kalau takde tanda penemuduga nak bersalam. Jangan duduk sebelum disuruh duduk. Jangan duduk secara bersandar. Ucap 'terima kasih' selepas disuruh duduk.
  3. Jangan goyang kaki. Tapi jangan kaku sangat...
  4. Jangan melilau sangat bijik mata tu! Fokus pandang penemuduga. Nervous nak tengok mata dia? Hampa pi tengok area dahi atas mata dia tu. Pandangan yang dihalakan ke arah tersebut membuatkan kita seolah-olah sedang bertentang mata dengannya. Seolah-olah je tau...
  5. Oh ye, fail yang kita bawak tu sayanglah kalau kita tak beri penemuduga tengok. Offer pada penemuduga untuk usha fail kita. Macam aku dulu penemuduga mintak sendiri dan penemuduga pesan, lebih kurangnya gini : "awak dah bawak fail tu, rugi kalau tak bagi panel tengok. Lain kali masuk, cuba bagi." So, aku tak tahu etika sebenar macam mana. As long as you guys bagi dengan penuh adab, it will be fine i guess.
  6. Senyum je sepanjang proses iv berlangsung. Sejam iv korang, sejam lah senyum. Habis iv, boleh daftar kat agensi pengiklanan untuk jadi model ubat gigi. K, gurau jaa! Senyum ni pasal kita pi iv ni nak secure tempat kita kat univ, yang hang dok stress memanjang sampai taknak senyum tu kenapa? Chillex ja. Penemuduga tu pun bukan serious sangat sebenarnya, tapi sekadar memenuhi tuntutan profesionalisme. So korang takyah laa gelabah sangat ye sampai hilang mood.
  7. Persediaan tentang course yang kita dijemput iv tu. Tahu sikit pun dah okay, jangan sampai tak tahu langsung! Jangan jadi macam aku ya guys, bodoh-bodoh pi iv IR UM, tapi aku terlupa nak ambil tahu IR UM ni pasal apa T.T
Inilah dia sedikit perkongsian aku pasal interview memandangkan aku dah pernah pergi temuduga masa lepas SPM dan STPM. Lepas SPM pi temuduga IPG tapi for sure, aku failed lah! Hahaha. Lepas STPM pulak temuduga masuk IR UM dan alhamdulillah, I make it! Hoyeahhh! (Pengalaman temuduga IR aku boleh diusha kat sini).

Harapnya membantu kalian yang memerlukan.
All the best guys!
Dah.
Babai.

No comments:

Post a Comment