Friday, August 28, 2015

KOREA, MEH AKU DATANG!

안녕하세요!!

Hai chuolls! Iolss dah sampai Korea nokk..kehkeh! Flight pagi pukul 1 tau..jenuh montot flight 6 jam duduk je. Aku dapat tempat tepi tingkap, maka boleh lah aku mencuci mata di awal penerbangan dan di akhir penerbangan. Maklumlah, fes taim naik flight kan? Tup tup terus pi obesi kau. Kohkoh!
Half of my Yusoff Legacy. Gigih mereka hanto aku ke airport.

Orang fes taim naik kapal, semua benda kat luar flight nampak menarik perhatian aku. Hujan, awan, angin kuat memang rasa kat atas ni. Bergoyang kejap kapal terbang.. Huuu, gerun. Tapi tengah tengah penerbangan tu aku bantai membuta laa. Hahaha. 
 
Belanja gambo curi dari atas kapal. Cantik sungguh bila nampak cahaya matahari. Ni lepas aku bangun tido laa. Kehkeh!
Pemandangan bumi Korea.
Laut Korea. Taim ni dah nak landing.
Alhamdulillah, selamat mendarat. Terpegun jugak laa aku tengok banyak kapal terbang. Kahkah! Jakun meh. Mak aiii, nak lepas imigresen Korea tu dekat setengah jam jugak lah. Teliti bebeno. Sorang sorang. Hmmmm. Tapi, nak wat camne kan? Ikut je lah.
 
Luggage claim. Awal awal aku dah nampak beg aku. Huu
Tang lepas keluar airport, memang rasa nak marah habis. Takde sape jemput kami kat airport. What the ... Tapi, apa ada hal. Kata nak jadi lone ranger backpacker, kan? Dari Incheon International Airport ke Gireum New Town, hampir 45 minit dengan harga tiket 10 000 won. Memang turun kat Gireum, sebab kena naik bas 7211 untuk ke Kookmin University. Tapi, beg melambak maka naik teksi dengan harga 2 000 won.


Tiket bas Airport Limousine dari Incheon Airport ke Gireum New Town.
Taraa! Ni laa Bukhansan National Park, KMU terletak di kakinya. Suhunya rendah, jadi agak sejuk bagi aku. Aku dah kelek UM Varsity jacket, dorang masih pakai outfits musim panas lagi. Hahaha. tapi, serius sejuk.


Univ saya di kaki Bukhansan National Park
Takpe, banyak masa lagi untuk meneroka Korea. Banyak lagi benda aku nak kena setel, nak kena beli. Lepas tu, menangis tepi jamban sebab duit tak cukup. Huwaaa. Kos hidup sangat tinggi, sampai rasa sakit sangat kalau convert ke ringgit. Hmmmm...


Selamat datang ke Kookmin University
Dah.
Babai.
Banyak benda aku nak kena nangiskan.

No comments:

Post a Comment