Sunday, September 6, 2015

ITAEWON & NAMSAN TOWER

안녕하세요!!

Tanpa disedari, sudah nak masuk 2 minggu aku di Korea. Waa waa...macam tak sangka pulak aku dah sampai Korea. Terima kasih cinta UM sebab bagi peluang untuk aku rasai pengalaman macam ni. 

Aku rasa, geng KMU aku faham dengan perangai aku yang akan bertanya ke mana arah tuju kami hujung mingggu nanti, walaupun hari yang aku bertanya tu masih hari Ahad. Hahaha. Jadi disebabkan itulah, kami bercadang untuk ke Itaewon memandangkan kawan-kawan UM di Korea dah sibuk post gambar bagai kat insta, fb dan sebagainya. Hampeh betul dorang... Lagipun kami aku dah kebuluq ayam, hari hari makan benda sama. Eiii, tekak tak reti bersyukur betul.

Sekali lagi, aku bertindak sebagai penunjuk arah berpandukan aplikasi yang aku percayai. Moovit apps - melibatkan petunjuk bagi bas dan subway.

Dari Gireum Station (Line 4-blue), ambil subway menghala ke Sadang. Dan kemudian, turun ke Samgakji (11 stops) untuk tukar ke Line 6 (brownish). Dari Samgakji (Line 6) ambil subway menghala ke Bonghwasan. Kemudian turun di Itaewon Station (2 stops) dan keluar exit 4. Dari Exit 4, belok kanan di simpang pertama, kemudian belok ke kiri di simpang pertama. Dan kiri lagi. Panjat laa bukit sampai jumpa masjid tu.

Rasa syahdu sungguh bila dapat dengar azan secara real.
Aku bersembahyang zohor di masjid ini. Wuu, air untuk berwuduk dia macam ada aura. Segar sungguh. Tambah tambah baru lepas hujan lebat kan, dengan suasana dalam kawasan masjid tu sendiri dah tenang. Memang super duper syahdu. Terus datang rasa rindu kat ibu ayah, gemuk gemuk dengan adik adik. Terus datang rasa rindu nak balik Malaysia.

Atas bukit. Memang cantik pemandangan Seoul dari kawasan masjid ni. Kalau tak hujan pun, aku jamin kat sini tetap sejuk. Bila lepas hujan ni, pemandangan dia dihiasi dengan kabus sekali. Huwaa, rasa macam tak nak balik KMU. Nak duduk sini.

Selalu tengok masjid ni dalam Jejak Rasul taim Ramadan je kat TV3
Setengah jam kat masjid ni rasa tak cukup, rasa macam terkejar-kejar.
Mungkin raya haji nanti kalau takde kelas, aku nak ajak dorang pi sini. Fefeling perantauan habis. Hahaha.
Selcam sikit :)
The four of KMU at Itaewon
Selepas beberapa keping selcam (rasa macam tak proper pulak kau nak selcam gila gila kat depan masjid), kitorang bercadang nak pi makan. Oh ye, lupa pulak nak kenalkan 3 jejaka yang ikut kami ke Itaewon semalam. Ni dia mereka yang sudi ikut kami setelah 2 hari plan bersama.
Nazirul (kawan Man), Lokman dan Afiq
Lokman dan Nazirul join SEP ke Korean Police National University manakala Afiq join SEP ke Sejong University. Nasib laa Nazirul ni gila-gila jugak walaupun dia bukanlah kosmet kitorang. Takde laa okwed sangat nak mencarut tak tentu hala. Hahaha. Sambung balik. Kami nak pi makan. Untuk pengetahuan, sepanjang perjalanan nak ke masjid ni, banyak sungguh kedai makan halal. Memang teruja tengok sampai tak tahu nak pi makan yang mana satu. 


Akhirnya setelah menimbang tara aku nak makan ayam banyak banyak...kami ke Siti Sarah Restaurant, speciality in Indonesian/Malaysian and Egypt Cuisine. Waa, tambah tambah lagi ada promosi. Hmmm, seronok bak hanggg! Hahaha.

Kedai dia bersaiz sederhana, tapi cukup mewah untuk student macam aku yang ada bajet ciput. Cantik dan makanannya berbaloi dengan harga.

Dekorasi dalaman kedai berkonsepkan Mesir.
Gambar gambar tarikan pelancong ke Malaysia/Indonesia digantung di kaunter.
Ayam half sorang satu. Berbaloi rasanya.

Nasi putih bukan Korea, sambal belacan, timun dan ayam separuh berharga 10 000 won setiap satu.
Setengah jam tau nak habiskan ayam tu. tapi, alhamdulillah aku puas hati. Misi nak makan ayam aku dah langsai. Hahaha. Sambil sambil nak habiskan makanan tu, kami berbual laa hala tuju kami selepas ni. Tak kan laa terus balik kan. Dah laa kami baru berjumpa balik selepas 3 bulan terpisah. Kehkeh. Mulut aku gatal pulak sebut Namsan Tower. Alhamdulillah, dorang oke dengan cadangan tu. Maka, kami ke Namsan Tower tanpa laluan yang jelas.

Bergigihan kami bertanya orang arah ke Namsan Tower dari Itaewon Station, baca maps. Tapi, sadis sikit kami tak boleh search online sebab kami takde nombor Korea. Mahal tau nak beli nombor tu, kat KMU dorang provide sim dengan harga 35 000 won. Lebih baik duit tu buat beli makanan, sebab kami dok Korea pun sekejap je. Hmmm...


Pening bila tanya arah kat orang. Multi-information. Dek kerana tak puas hati, kami terus ke Tourist Information Centre yang ada kat subway station tu. Ikut arah beliau jugak yang senang.
Dari Itaewon Station, keluar ke exit 4. Tunggu bas di Hamilton Hotel Stop, naik bas 03, terus ke Namsan Tower.

Ya Karim, sepanjang perjalanan ke Namsan, kami dihidangkan dengan kecantikan alam ciptaanNya yang sangat cantik! Tambah lagi dengan suhu yang sejuk, memang rasa terlupa tujuan kami ke Korea ni untuk belajar. Hahaha.

Bukti perjalanan yang mendamaikan ke Namsan Tower walaupun gambar goyang.
Sampai sampai je kat sana, memang lebih terasa sejuknya tu. Rasa macam tak percaya dapat sampai ke sini. Simpan niat nak ke sini bersama ibu ayah dan gemuk sekalian.

Seoul City dari kaki Namsan Park.
Nampak tak gunung yang dilitupi dengan kabus? Tu laa, Bukhansan Park, terletaknya KMU.
Tu dia Namsan Tower yang super femes tu.
N Seoul Tower atau lebih dikenali sebagai Namsan Tower adalah tempat wajib kunjung kalau ke Korea. Tempat ni super duper femes dalam kalangan pasangan bercinta. Kira tempat ni dianggap ada aura romantik. Sebab apa?

Sebab ada kawasan Padlock of Love yang digantung di pagar.

Gantung kat pokok pun ada.
Kira dorang percaya, yang dorang dah kunci cinta masing-masing. Selalunya kunci kunci ni dorang buang sebagai simbolik yang cinta mereka tak kan terputus. Aku? Sibuk baca tulisan tulisan kat mangga tu. Hahaha.

Aku tak perlu kuncikan cinta kita di sini. Sebab aku percayakan konsep jodoh. Andai kau bukan orangnya, sampai mati pun kita tetap tak bersatu.
Hah, kepada sesiapa yang tak larat nak berjalan, aku sarankan tak payah datang. Sebabnya, bila kau dah sampai kat Namsan Park Stop tu, kau kena berjalan memanjat bukit. Dah laa tinggi...lenguh kau nyah. Tapi, alang alang dah sampaikan, panjat je laa.

Muka harus menten walaupun hati memaki kepenatan.
Sekali lagi.
Bila dah sampai kat atas tu, yang betul betul kat kaki Namsan Tower, memang rasa... "Pehhh! Betul ke aku dah sampai sini?" Serius tak tipu. Cantik sangat. Tapi, kami tak naik Cable Car dia yang kompem kompem mahal. Tak masuk dalam tower tu, tak makan kat situ pun. Tapi, nampaknya masih dapat menikmati keindahan dia jugak. Kalau naik atas, mesti pemandangan tu lagi cantik...

Bukti guwa di kaki Namsan Tower
Kitorang dah terlepas persembahan di hadapan kawasan ni. Sampai sampai je dah habis.
Kat sini, boleh jumpa pulak dengan Danu, salah seorang kosmet IR di UM. Betapa kecilnya dunia. Dia bawak kawan kawan dia dari Indonesia datang melawat Seoul.


Reunite of the quarter of IRians di Seoul
Seronok kau kat sini. Rasa bahagia sebab dihiasi dengan aura aura cinta dari kapel kapel yang datang. Aku tumpang je laa bahagia tu. Aduh, rasa malas pulak tulis panjang panjang.

Siapa yang layan K-Drama "My Love From The Star", akan tahu scene ni. Malangnya, aku tak. Aku tahu pun sebab ada ala ala tugu kat situ berkenaan dengan scene dalam drama tu.
Maigad maigadd, aku selcam dengan Kim Soo Hyun. Oke, tipu. Ukirannya aje.
Pokok dia pun nampak cantik. Apatah lagi benda lain.
Belanja selcam lagi :)
Lagi sekali ;).
Siapa yang tak bawak mangga untuk digantung, jangan laa nangis tepi lif. Kat sini ada jual. Single Lock berharga 8 000 won manakala yang Double Love berharga 12 000 won. Aku memang tak beli laa semata nak gantung kat situ, rasa membazir. Oh ye, aku pesen kedekut. Hahaha.
Mangga dia ada yang sampai berkarat dah. Mesti dah berkurun lamanya tu tergantung kat situ.
Gigih chop tempat ni semata nak ambil gambar kat kerusi ni
Bagi aku, paling seronok pergi tempat ni adalah sebab kami pergi ramai ramai sesama rakyat Malaysia. Walaupun bukan dengan pasangan soulmate bagai. Tak laa rasa nak nangis sangat nak kalau nak mencarut bahasa Melayu. Hahaha.
Lots of love for all you, guys!
Dah.
Babai.
Nak sambung tidur.

No comments:

Post a Comment