Tuesday, September 29, 2015

RAYA DI PERANTAUAN

안녕하세요!!

Selamat Hari Raya Aidiladha, gaiss! Semoga perjalanan kita baik baik sahaja. Semoga ibadah kita, pengorbanan kita diterima.

Untuk pertama kalinya, aku beraya di perantauan. Iolls raya di Korea yuolls! Rasa macam tak percaya pulak. Sedih. Syahdu. Hiba. Rasa nak balik rumah. Rasa nak ponteng kelas. Eh. Selalu raya, mesti cuti pagi pagi raya. Bersiap siap pulak nak pi sembahyang raya kat surau taman. Tapi tahun ni, pagi raya kami bersiap untuk ke kelas. 

Paling sedih dengar takbir pun dari youtube sambil mengikut perlahan-lahan bait-bait pujian tu. Rasanya, ni lah pengorbanan yang paling aku rasa sepanjang 21 tahun aku hidup. Korbankan masa di bumi asing untuk masa depan yang lebih baik. InsyaAllah.

Tambah sedih, pagi raya aku tak makan ketupat, rendang semua tu. Aku makan Chamchi Kimbap ( Nasi Gulung Tuna). Mewah sikit juadah pagi raya ni. Hahaha. Tak pernah dibuat umur aku makan benda tu pagi raya. Oke, iolls takde gambo juadah pagi raya ni. Mana tah aku letak.


Pagi raya pakai baju kurung sambil usung bendera Malaysia
Lagi selcam sesama kami
Ohh, iolls suka gambo ni sebab iolls nampak gojes. Kehkeh.
4 hari sebelum raya, aku pi Itaewon dengan Titie dan John. Kami jumpa sekeluarga ni yang dah 3 tahun dok Korea. Mereka ada sebut pasal bonding bagai, so kami yang tersentuh hati dengan kenyataannya tu terbukak hati nak pergi sambutan hari raya anjuran UM SEP Sejong. 

Poster Sambutan Hari Raya kami


UM SEP dari 10 universiti yang join.
Guwa suka gambo ni sebab muka guwa nampak garang

Happy laa kononnya tu

Happy lagi.
IR-ians (campuran batch) di Korea
Ohhow. 

24 Sept 2015. 
Check. 
Tercapai hasrat nak beraya di perantauan. 
Belum raya puasa pun, rasa sayu bercambah macam dah 100 tahun tak balik kampung. Kohkoh.

Oke.
Babaiii.
Selamat hari raya aidiladha, gaiss!

No comments:

Post a Comment