Friday, October 2, 2015

NAMINARA REPUBLIC.

안녕하세요!!

27 Sept 2015.

Sempena meraikan kedatangan Antasha ke Seoul setelah menempuh perjalanan selama 3 jam dari Daegu, tambah tambah lagi dengan cuti Hari Chuseok, aku berbesar hati untuk mengikutinya ke Pulau Nami atas rancangan Lokman. Oh ye, Lokman dan Nazirul sekarang dikira partner berjalan baru kami. Meramaikan rombongan Cik Kiah. Kehkeh. Semasa di Children's Grand Park, Lokman telah menetapkan tempat perjumpaan kami di Songbong Station (intersection of Line 7 and Gyeongchun Line/Geongui Jungang Line).

Maka, kami gigih bangun awal pagi untuk sampai ke station tu awal. 8.15 pagi kami ke Gireum Station untuk menukar subway ke Nowon Line 7 sebelum ke Songbong Station.

Bukti gigih tengok route map ke Nowon
Guwa, Tasha dan Baini dalam subway Line 4
Atas sebab tidak dapat mengesan Lokman dan Nazirul di Sangbong Station akibat kekangan wifi - ketiadaan nombor umum Korea, amat menyukarkan kami masa ni - tersadailah kami 5 orang kat station tu hampir satu jam setengah. Setelah membuat keputusan sehabis baik, kami gigih mencari jalan ke Pulau Nami sendiri. Ingat senang ke? Sob sob. 

Setelah bertanya dengan rakyat tempatan yang ada kat station ni, kami menaiki ITX (salah satu subway yang ada kat Korea) menghala ke Chuncheon menuju ke lagi 13 stops, Gapyeong Station. Nama je 13 stops, tapi 1 jam perjalanan. Dengan kami dah takde mood sebab tersadai, memang 13 stops tu dah macam 13 jam, sempat masing-masing tidur ayam. Kang lena sangat, terlajak pulak...

Gapyeong Station. Pintu awal ke Pulau Nami. Dah boleh lega lah kalau nampak bangunan ni.
Muka tahan panas. Campur pening-pening lalat.
Keluar je dari station ni, kami tunggu bas kat depan bangunan ni. Jangan risau, bas teksi ada andai kata kau kena simptom berat bontot. Nak jalan amek masa 20 minit nyah oii. Hahaha. Bas dia pulak senang nak trace, kompem kau tak sesat. Tunggu kat bustop Namiseom Station, akan ada bas tulis Namiseom kat atas tu. Naik bas, dia akan bawak kau sampai kat jeti. Kat situ turun lah. Alaa, macam Langkawi, kena naik feri nak ke pulau kan? Hmmm.


Kat jeti, kau belilah tiket atau visa kat pintu masuk yang diorang label sebagai Naminara Republic Immigration Booth - kalau tak silap. Untuk pelancong gojes macam kitorang, harga tiket 8 000 won untuk pergi balik. Kalau ikut perkiraan aku, macam mahal laa. Sebab naik feri tak sampai 5 minit pun dah sampai kat tanah Naminara Republic tu.


Berjaya rembat tiket. Lepas beli, rasa pokai. Hahaha.
Pemandangan laut di sekeliling pulau dari atas feri.
Selcam lah atas feri
Bangga nampak bendera Malaysia kat feri tu.
Budak manja yang takut naik feri. Mama peluk dia...
Berselisih dengan feri lain dalam perjalanan
Sampai je daratan pulau tu, timbul rasa bersemangat nak jelajah semua tempat kat pulau yang terkenal dengan drama Winter Sonata. Siap buat tugu tau! Since, aku tak paham pun apa cerita Winter Sonata ni bebelkan, aku hanya teruja tengok scenary dia yang sumpah cantik! Tak tipu punya.


Selamat datang ke Nami Island, gaiss.
Nah, peta yang tak berapa jelas!


Abaikan model tu. Nikmati keindahan alamNya.
Unicef Hall yang direka bentuk seperti istana.

Abaikan lagi model gemuk tu.
Oke. Dah pukul 12.30 pm, perut dah kebuluq mintak diisi. Ye lah sejak pagi tak isi apa-apa melainkan jus campur segera.

Jumpa papan tanda berharga ni.
Restoran Halal di Pulau Nami.
Semua makanan halal kat Dongmoon (Asian Cuisine) ni. Maka, jangan ragu dengan ayam, daging dan apa jua makanan kat sini. Bonus, makanan dia banyak dan sedap. Aku yang kebuluq tahap gaban, pilih lauk ayam tanpa berpaling tadah. Set ni ada jugak lauk sotong pedas dan daging pedas. Oh! Kat restoran ni, kami reunite balik dengan Lokman dan Nazirul. Alhamdulillah lah jumpa jugak. Daripada tak jumpa langsung.

Rice with Chicken and Vegetables plus Sup Telur. 10 000 won.
Tisu pun ada brand sendiri.
Lepas makan, solat siap kami mula berjalan. Disebabkan ada yang setia ikut drama Winter Sonata tu, kami ke kawasan shooting nya dulu. Siap ada statue watak hero dan heroin di situ serta kedai cenderamatanya.

Selcam pakai kayu golf.
Bukti lah guwa ambil gambar kat tapak shooting drama tu.
Selepas tu kami berpecah kepada dua kumpulan. Masing-masing ada tempat pilihan sendiri. Tak kisah lah, yang penting happy!

Guwa seperti seketul taik di hujung gambar. Haihh.
Friendship Photo in Nami Island.
Lagi 10 tahun kami berjanji untuk jumpa di sini lagi. InsyaAllah.

Photo again.
Steamed Red Bean Bun sedap yang dimasak pakai arang. 1 000 won.
Siapa yang nak berbulan madu di sini, sila kan. Tempat cantik kan, tak kan lah takde hotel nyahh oii. Untuk makluman lanjut, boleh pi laman web dia. Memang rasa lah ke-romantik-an suasana dia tu, walaupun aku hanya memerhatikan pasangan yang datang ke sini. Nasiblah iolls hati kental, takdenya nak jeles tengok dorang. Hahaha.
Happy laa kononnya tu depan pintu gerbang hotel.
Panorama sekitar hotel.
Riverside Lover's Gingko Tree Line
Along, angah and ucu were here. Kami kekurangan uda.
Dekat tepi hotel tu, pemandangan memang sumpah cantik. Rasa macam nak duduk situ tengok laut sampai mati. Adalah aktiviti air dijalankan kat tepi ni. Kalau tengok Running Man mesti tahu kan scene yang diorang main Blob Jump dengan Fisheye Fly kan? Kat sini ada. Nampak syok. Next taim pi sini, aku nak main benda tu.

Seperti yang aku kata kan, aku tak tengok pun drama Winter Sonata tu. Jadi aku memang tak sangatlah mengabdikan memori aku dekat kawasan penggambaran nya tu. Aku lebih teruja tengok kecantikan alam anugerahNya kat pulau ni. Rasa tak puas nak gambarkan kecantikan dia melalui kata-kata. Rasa ayat yang nak dikarang tu tak kena.

Kalau ada rezeki, elok sangat lah kalau pergi sendiri, nikmatilah ciptaan Nya yang super duper indah ini. Aku dah pasang hasrat nak pi sini dengan ibu ayah dan adik adik guwa. Kalau Dek Mok boleh aku angkut, aku angkut sekali.  

SubhanAllah cantik!
Pintu keluar dari Naminara Republic.
Until we touch you again, Naminara Republic!
Gigih menapak ke station
Sawah pun cantik.
Disebabkan nak tunggu bas punyalah lama sebaik sahaja kami menjejakkan kaki di daratan seberang, kami memutuskan untuk menapak ke Gapyeong Station. Penat nyahh oii...

"Years ago Nami Island declared its cultural independence and became Naminara Republic.
We are a micro-nation and our exports are mainly imagination and fairy tales."

Oke.
Babai.
Nak sambung reka ayat untuk entri seterusnya.

No comments:

Post a Comment